AgroDexAgroDex
  1. Pusat Bantuan
  2. >
  3. Alat Pertanian

Panduan Pantas Alat Pertanian

Panduan PantasPanduan PenuhSoalan Lazim
Dalam halaman ini
  • Tiga alat
  • Alat 1: Jadual Tanaman
  • Alat 2: Penukaran Luas
  • Alat 3: Editor Jadual Tanaman
  • Senarai semak
  • Ada masalah?

Dalam halaman ini

  • Tiga alat
  • Alat 1: Jadual Tanaman
  • Alat 2: Penukaran Luas
  • Alat 3: Editor Jadual Tanaman
  • Senarai semak
  • Ada masalah?

Masa: kira-kira 10 minit. Hasil: anda boleh baca jadual tanaman, tukar unit keluasan, dan bina jadual tanaman sendiri.

Semua alat ini terbuka tanpa log masuk. Muat turun atau cetak apa sahaja yang anda perlukan.


Tiga alat

AlatUntuk apaDi mana
Jadual Tanaman
Lihat aktiviti mengikut hari selepas tanam
/tools/calendar
Penukaran LuasTukar hektar, ekar, relong, dan unit ladang lain/tools/area-converter
Editor Jadual TanamanBina atau ubah suai jadual tanaman sendiri/planner

Semua alat boleh dibuka dari /tools.

Halaman Alat Pertanian
Halaman Alat Pertanian

Alat 1: Jadual Tanaman

  • Buka /tools/calendar.
  • Pada panel Pilih Jadual, pilih tanaman dahulu (contohnya padi), kemudian pilih satu jadual daripada senarai. Jadual bertanda Rasmi datang daripada rujukan KPKM/MARDI/DOA.
  • Pilih hari yang hendak disemak pada kalendar atau jalur hari.
  • Baca senarai aktiviti di bawah: jenis kerja, julat hari, dan arahan.
Panel pilih jadual dan kalendar aktiviti
Panel pilih jadual dan kalendar aktiviti
Kalendar bulan dengan jalur hari
Kalendar bulan dengan jalur hari

Paparan telefon:

Jadual Tanaman pada telefon
Jadual Tanaman pada telefon

Tiga tab tersedia:

TabKegunaan
KalendarLihat keseluruhan jadual dalam paparan minggu atau bulan
Ikut HariLihat aktiviti satu hari tertentu, berserta produk dan sasaran
Ikut FasaLihat aktiviti mengikut fasa tanaman

Pada tab Ikut Hari, isi Tarikh tanam supaya sistem boleh mengira hari semasa secara automatik. Butang Hari ini membawa anda terus ke hari semasa.


Alat 2: Penukaran Luas

  • Buka /tools/area-converter.
  • Pilih unit asal pada Daripada unit dan unit sasaran pada Kepada unit.
  • Taip nilai pada Nilai asal. Hasil muncul serta-merta pada Nilai ditukar.
  • Butang anak panah di tengah menukar posisi kedua-dua unit.
Penukar dua hala
Penukar dua hala

Di bawah sekali, Jadual Tukaran menyenaraikan semua unit untuk keluasan semasa, termasuk unit tempatan seperti Relong Kedah, Relong P.Pinang, dan Keping Selangor. Untuk relong, sistem turut memaparkan pecahan penjuru, contohnya 3 relong + 2.062 penjuru.

Jadual tukaran semua unit
Jadual tukaran semua unit

Simpanan menyimpan pasangan unit yang anda kerap guna supaya tidak perlu memilih semula setiap kali.


Alat 3: Editor Jadual Tanaman

Alat ini untuk mereka yang mahu membina jadual sendiri, contohnya pegawai pengembangan atau wakil syarikat.

  • Buka /planner.
  • Isi Maklumat Jadual: tanaman, kod jadual, nama jadual, dan tarikh tanam.
  • Tekan Tambah Aktiviti dan isi hari, jenis kerja, tajuk, dan arahan.
  • Untuk kerja yang melibatkan produk, tekan Tambah Produk dan cari produk melalui carian AgroDex atau taip secara manual.
  • Semak hasilnya pada tab Pratonton, kemudian Eksport JSON atau Cetak Jadual Penuh.
Editor Jadual Tanaman
Editor Jadual Tanaman
Borang aktiviti yang dibuka
Borang aktiviti yang dibuka
Pratonton jadual
Pratonton jadual

Kerja anda disimpan sebagai draf dalam pelayar secara automatik. Jika anda menutup halaman dan kembali semula, draf itu dipulihkan.


Senarai semak

  • Sekurang-kurangnya satu jadual tanaman dibuka dan hari disemak
  • Penukaran luas dicuba dengan unit tempatan (relong atau keping Selangor)
  • Satu jadual baharu dicipta dalam Editor Jadual Tanaman
  • Jadual dieksport sebagai JSON atau dicetak
  • Bahasa dan tema sudah ditetapkan mengikut citarasa anda

Ada masalah?

Rujuk Soalan Lazim Alat Pertanian, atau kembalikan maklum balas melalui butang maklum balas dalam app.

Panduan seterusnya: Panduan Alat Pertanian