Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang Jadual Tanaman, Penukaran Luas, dan Editor Jadual Tanaman. Disusun mengikut topik.
Jika soalan anda tiada di sini, hantar maklum balas melalui butang maklum balas dalam app.
Jadual Tanaman
Perlukah saya log masuk untuk guna Jadual Tanaman?
Tidak. Ketiga-tiga alat pertanian terbuka tanpa akaun. Hanya modul seperti Farm dan SIPP memerlukan log masuk.
Jadual apa yang tersedia dalam senarai?
Senarai mengandungi jadual rasmi seperti Manual Tanaman Padi IADAPP dan Jadual Rujukan Padi Tabur Terus Basah (MARDI + DOA), serta jadual vendor yang diterbitkan melalui Editor Jadual Tanaman. Jadual rasmi ditandakan dengan label Rasmi.
Kenapa sesetengah tanaman tiada jadual?
Senarai jadual bergantung kepada jadual yang telah disiapkan atau diterbitkan untuk tanaman itu. Jika tanaman yang anda cari tiada, anda boleh memuatkan fail jadual sendiri melalui Muat dari Peranti atau membina jadual baharu dalam Editor Jadual Tanaman.
Kenapa saya dapat mesej "Fail jadual tidak sah atau format lama"?
Fail itu bukan format Planner v2.0. Pastikan fail asal daripada butang Eksport JSON alat ini tidak diubah secara manual, dan saiznya tidak melebihi 512 KB.
Apa maksud "Hari -40" atau hari negatif?
Hari dikira dari tarikh tanam. Hari 0 ialah hari tanam atau tabur, dan hari negatif ialah hari sebelum tanam. Contohnya Hari -40 bermakna 40 hari sebelum menanam, biasanya untuk kerja penyediaan tanah.
Kenapa tarikh tanam kosong tetapi bilangan hari tetap dipaparkan?
Jadual sentiasa mempunyai nombor hari kerana ia adalah garis masa relatif. Tarikh tanam hanya perlu diisi jika anda mahu sistem mengira hari semasa secara automatik pada tab Ikut Hari.
Kenapa tiada aktiviti pada hari yang saya pilih?
Hari itu memang tidak mempunyai aktiviti dalam jadual, atau aktiviti itu berjulat dan berada di luar julat tersebut. Cuba hari lain, atau gunakan tab Ikut Fasa untuk melihat aktiviti mengikut peringkat.
Apa maksud "Sedang berjalan" dan "Tamat hari ini"?
Kedua-duanya aktiviti berjulat. Sedang berjalan bermakna aktiviti itu sudah bermula dan belum tamat, manakala Tamat hari ini bermakna hari yang dipilih ialah hari terakhir aktiviti tersebut.
Kenapa teks bawah jalur hari berbunyi "Jadual selesai" atau "25% dilalui"?
Ia menunjukkan kedudukan hari yang anda pilih dalam keseluruhan jadual. Jika keseluruhan jadual sudah berlalu, teks itu berbunyi Jadual selesai.
Bolehkah saya cetak jadual ini?
Boleh. Butang Cetak Jadual Penuh menghasilkan jadual penuh, sesuai untuk dicetak atau disimpan sebagai PDF. Pada telefon, paparan cetak dibuka dalam tab baharu supaya lebih mudah dibaca.
Bolehkah saya guna jadual saya sendiri?
Boleh. Sediakan fail .json format Planner v2.0, kemudian tekan Muat dari Peranti. Jika draf dalam Editor Jadual Tanaman sudah wujud, sistem akan bertanya sama ada hendak menggantinya apabila anda membawa jadual itu ke editor.
Penukaran Luas
Unit apa yang disokong?
Terdapat 15 unit, termasuk Hektar, Ekar, Meter Persegi, Kaki Persegi, A (Are), Rood, Rod, Pole, Perch, Rantai, Depa, Jempa, Relong Kedah, Relong P.Pinang, dan Keping Selangor.
Kenapa Relong Kedah dan Relong P.Pinang berbeza?
Kedua-duanya unit tempatan yang berbeza nilai. Pilih unit yang digunakan dalam dokumen atau urusan anda. Jika anda tidak pasti, sahkan dengan pejabat tanah atau pembeli hasil.
Apa maksud "3 relong + 2.062 penjuru"?
Penjuru ialah pecahan relong. Nilai contoh itu bermakna 3 relong penuh ditambah 2.062 penjuru. Pecahan ini dipaparkan untuk memudahkan semakan dengan sebutan harian di ladang.
Adakah nilai yang saya taip disimpan?
Tidak. Nilai itu hanya wujud pada skrin semasa. Hanya Simpanan yang dikekalkan dalam pelayar, dan ia menyimpan pasangan unit sahaja.
Bolehkah saya simpan pasangan unit yang kerap digunakan?
Boleh. Tekan Simpanan, beri nama, kemudian tekan Simpan tetapan. Anda boleh menggunakan, menyusun semula, atau memadam simpanan itu kemudian.
Bolehkah saya cetak jadual penukaran?
Boleh. Butang Cetak Jadual Penuh menghasilkan jadual semua unit untuk nilai semasa, sesuai untuk disimpan sebagai PDF atau dilekatkan di stor.
Editor Jadual Tanaman
Perlukah saya log masuk untuk membina jadual?
Tidak. Anda boleh membina dan mengeksport jadual tanpa akaun. Log masuk hanya diperlukan jika anda menggunakan ciri lain dalam app, bukan untuk editor ini.
Di mana draf saya disimpan?
Draf disimpan dalam pelayar anda (ingatan tempatan), bukan pada pelayan. Baris status pada bahagian atas editor memaparkan waktu simpanan terakhir.
Kenapa draf saya hilang?
Draf akan hilang jika data pelayar dibersihkan, jika anda menggunakan pelayar peranti lain, atau jika anda menekan Buang Draf. Sebelum menutup kerja penting, eksport jadual sebagai JSON.
Berapa besar fail jadual yang dibenarkan?
Maksimum 512 KB. Jadual yang lebih besar daripada itu akan ditolak.
Apa format Kod Jadual yang diterima?
Kod mesti menggunakan huruf besar, angka, tanda sengkang, atau garis bawah. Contohnya JADUAL-001. Kod dan Nama Jadual wajib diisi sebelum menghantar jadual ke server.
Kenapa butang "Hantar ke Server" gagal?
Tiga punca biasa:
- Kod Jadual atau Nama Jadual belum diisi.
- API Key salah atau sudah dibatalkan. Dapatkan kunci baharu daripada pentadbir AgroDex.
NEXT_PUBLIC_PLANS_APIbelum dikonfigurasi dalam persekitaran app.
Adakah jadual yang saya hantar boleh dilihat orang lain?
Ya. Sebaik sahaja diterbitkan, jadual itu boleh dipilih oleh pengguna lain dalam senarai jadual pada halaman Jadual Tanaman. Pastikan kod dan nama jadual jelas sebelum menerbitkan.
Bolehkah saya mengubah jadual rasmi?
Anda boleh membawanya ke editor melalui pautan Editor Jadual dalam panel Maklumat Jadual, tetapi perubahan itu hanya disimpan sebagai draf tempatan atau dihantar dengan kod baharu. Jadual rasmi asal tidak berubah.
Kenapa ada amaran tentang draf planner semasa membawa jadual dari kalendar?
Kerana Editor Jadual Tanaman sudah mempunyai draf tempatan. Amaran itu bertanya sama ada anda mahu menggantikan draf itu dengan jadual dari kalendar. Pilih dengan berhati-hati kerana draf yang digantikan tidak boleh dipulihkan.
Bolehkah saya guna produk dari carian AgroDex dalam aktiviti?
Boleh. Pilih Cari AgroDex sebagai sumber produk, taip sekurang-kurangnya dua huruf, dan klik hasil carian. Nama produk dan bahan aktif akan diisi secara automatik.
Apa maksud "Peranan produk"?
Ia menerangkan fungsi produk dalam aktiviti itu, contohnya Perosak, Penyakit, Nutrisi / Baja, Vitamin / Penggalak, atau Tanah / Kondisioner. Peranan ini membantu orang lain memahami mengapa produk itu digunakan.
Paparan dan teknikal
Bagaimana menukar bahasa antara BM dan EN?
Guna suis bahasa pada sidebar atau halaman utama. Pilihan itu disimpan dalam pelayar anda.
Bagaimana susun atur editor berubah antara komputer dan telefon?
Pada skrin besar, editor dan pratonton dipaparkan bersebelahan. Pada telefon, kedua-duanya dipisahkan oleh tab Editor dan Pratonton, dan butang fail dikumpulkan dalam menu Fail.
Perlukah sambungan internet?
Ya. Senarai jadual dan fail jadual dimuatkan daripada pelayan AgroDex. Penukaran luas pula berfungsi sepenuhnya dalam pelayar dan tidak memerlukan sambungan.
Kenapa cetakan pada telefon nampak berbeza?
Pada telefon, Cetak Jadual Penuh membuka paparan cetak dalam tab baharu supaya jadual lebar boleh dipaparkan dalam orientasi landskap. Simpan sebagai PDF daripada dialog cetak pelayar.
Data dan ketepatan
Dari mana jadual rasmi datang?
Jadual bertanda Rasmi disusun daripada rujukan seperti Manual Tanaman Padi IADAPP (KPKM), SOP MARDI, dan DOA Rice Check. Senarai rujukan penuh ada dalam panel Maklumat Jadual pada setiap jadual.
Adakah jadual ini menggantikan label produk?
Tidak. Jadual ini alat perancangan. Kadar, dos, dan selang sebenar mesti mengikut label produk yang anda guna, serta nasihat pegawai pertanian.
Bolehkah saya bergantung sepenuhnya pada jadual ini untuk kerja ladang?
Jadual ini rujukan yang baik, tetapi keadaan ladang berbeza. Sesuaikan hari dan produk dengan keadaan sebenar, dan sahkan produk melalui modul Carian Racun & MOA.
Di mana saya merekod kerja yang benar-benar dibuat?
Gunakan modul Farm. Di sana anda boleh merekod aktiviti, kos, inventori, dan kira PHI, dan jadual dari alat ini boleh diimport ke lot anda.